Saturday, 8 November 2014

Tema & Motif

Untuk tugasan ini kami diarahkan untuk membuat sebuah arca relief yang bertemakan "Tafsiran Malaysia" Tema ini bermaksud sesuatu identiti yang melambangkan negara Malaysia. Saya memilih makanan yang hanya terdapat di negara Malaysia untuk menghasilkan tugasan ini.

Contoh beberapa jenis makanan tempatan yang saya kaji ialah :-


  1. Nasi Lemak
          Nasi lemak adalah antara hidangan yang paling popular sebagai sarapan dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin. Nasi lemak ini boleh didapati dengan lauk ikan, ayam, sambal ikan bilis, dan sebagainya.

Nasi Lemak

2. Teh Tarik

         Teh tarik adalah minuman pelengkap yang biasanya dihidang semasa sarapan bersama nasi lemak. Teh ini sedap diminum panas. Cara membuatnya pula memerlukan kemahiran yang betul untuk menghasilkan segelas minuman yang sedap dan lazat.

Teh tarik

3.  Ketupat Palas

       Ketupat palas ini adalah antara makanan yang popular dihidangkan semasa musim perayaan Aidilfitri. Ketupat ini diperbuat daripada beras pulut dan biasanya dimakan bersama rendang atau serunding.

Ketupat palas

4.  Bahulu

     Bahulu juga merupakan sejenis kuih tradisional yang biasa dihidang menjelang perayaan Aidilfitri. Kuih ini masih selalu dimakan sejak turun temurun lagi tidak kira pada musim perayaan ataupun tidak. Terdapat pelbagai bentuk dan corak yang telah dibuat untuk menghasilkan kuih bahulu.

Bahulu

5.  Sate
       
      Sate adalah sejenis hidangan sampingan yang juga biasa dihidangkan semasa musim perayaan. Namun sate juga dimakan pada hari-hari biasa. Biasanya sate dimakan bersama nasi himpit dan berkuah kacang. Sesetengah negeri di Malaysia pula menghidangkan sate bersama timun dan bawang. Sate juga terdapat pelbagai jenis seperti sate ayam, sate daging lembu, daging rusa dan sebagainya.

Sate

No comments:

Post a Comment