Saturday 15 November 2014

Proses Penghasilan Relief


Berikut merupakan setiap langkah yang dibuat untuk menghasilkan arca relief ini.





1. Potong bongkah kayu dengan ukuran 9"x9"


2. Tandakan kayu dgn ukuran 6"x6" 



3. Pakukan bongkah kayu mengikut ukuran yg ditanda tadi



4. Masukkan tanah liat kedalam bongkah kayu tadi sedikit demi sedikit. Tekan tanah liat tersebut bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam tanah.




5. Pindahkan lakaran yang dipilih ke atas sehelai kertas minyak atau butter paper.


6. Tekapkan lakaran ke atas tanah liat yang telah dibentuk mengikut bongkah kayu tadi.


7. Bentukkan tanah liat mengikut lakaran secara 3D


8. Tutup tanah liat dengan sehelai kain lembab bagi mengelakkan tanah mengeras.



9. Kemaskan ukiran supaya rata dan licin.





10. Hasil ukiran tanah liat 



11. Sapukan silicon rubber ke atas seluruh permukaan arca tanah liat.


12. Lapisan silicon rubber tidak boleh terlalu nipis atau terlalu tebal. Kemudian biarkan silicon rubber kering.


13. Setelah silicon rubber kering, buka lapisan tersebut perlahan-lahan. Acuan tanah liat boleh dilihat di sebelah dalam silicon rubber tersebut.




14. Bina bongkah kayu dengan ukuran 9"x9" untuk membuat mother mould.












15. Sediakan bahan Plaster of paris dan air secukupnya untuk dibancuh. Bancuhan POP perlukan nisbah 2:3 iaitu 2 cawan air dan 3 cawan POP.


16. Setelah mother mould keras, tanah liat boleh dibuka.

                 
17. Bancuh POP dan tuangkan ke dalam acuan tadi.



18. Biarkan POP seketika sehingga keras.


19. Buka acuan dengan berhati-hati.




20. Kemaskan arca POP yang terhasil menggunakan pengukir dan kertas pasir.

21. Ulang langkah 17-21 sehingga 5 arca POP terhasil.




22. Warnakan salah satu arca POP.



HASIL PROJEK










No comments:

Post a Comment