Tuesday, 21 October 2014

Pengenalan

Seni arca adalah salah satu bidang di dalam seni halus yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Arca dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Arca biasanya digunakan sebagai perhiasan atau simbolik.

Seni arca ini boleh dilihat di mana-mana sahaja misalnya di persimpangan jalan raya utama yang menghubungkan sesuatu tempat . Contohnya di persimpangan Bulatan Ladang, KualaTerengganu terdapat replika Batu Bersurat yang sememangnya menjadi simbolik negeri tersebut .

Replika Batu Bersurat di Kuala Terengganu
Replika Kucing di Kuching, Sarawak
Replika Helang di Langkawi

Seni arca terdapat beberapa teknik iaitu :

    Teknik Asemblaj
 Teknik Luakan
Teknik Binaan
Teknik Timbulan
Teknik Mobail
Teknik Stabail

 Teknik Asemblaj

Cantuman bahan-bahan terbuang dan dibentuk menjadi sebuah arca. Contoh arca asemblaj ialah “Homeege to New York” karya Jean Tinguely .

“Homeege to New York” karya Jean Tinguely

Teknik Luakan

Proses pembuatan arca luakan adalah melalui teknik ukiran dengan membuang mana-mana bahagian arca untuk membentuk sesuatu . Bahan arca biasanya dibuat menggunakan batu, kayu, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya . Alatan untuk mengukir bergantung kepada jenis kekerasan bahan yang digunakan . Contoh arca luakan adalah “David” karya Michelangelo .

“David” karya Michelangelo
Teknik Binaan

Proses pembuatan arca ini adalah cantuman daripada bahan yang sama . Arca jenis ini boleh dibina melalui kerangka atau tiada kerangka .

Arca binaan "Butterfly" yg diperbuat daripada tin kosong

Teknik Timbulan

Arca ini juga dikenali sebagai relief . Karya daripada dua dimensi ditimbulkan hingga menjadi karya tiga dimensi .

Arca timbulan "Keris"

Teknik Mobail

Arca ini adalah sejenis arca yang tidak boleh berdiri sendiri . Ia biasanya boleh bergerak, berputar, berombak dan terawang-awangan .

Arca Mobail

Teknik Stabail


Berbeza dengan arca mobail, arca stabail boleh berdiri sendiri. Arca ini tidak terawang-awangan, namun boleh bergerak.

Arca stabail

No comments:

Post a Comment