Tuesday, 21 October 2014

Definisi

Seni halus adalah sesuatu karya yang mempunyai nilai seni estetik dan mempunyai mesej yang tertentu . Seni halus ini terdapat empat bidang iaitu : Catan, Cetakan, Arca dan Lukisan .

Definisi Arca

Arca adalah satu hasil seni halus dalam susunan tiga dimensi yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dan mempunyai mesej yang tertentu . 

Merujuk buku Art Fundamental, arca bermaksud :

" The word derives from the Latin verb sculpere , which refers to the process of carving , cutting , or engraving . The ancient Greeks' definition of sculpture also included the modelling of such pliable materials as clay or wax to produce figures in relief (with shallow depth) or in the round (freestanding) "

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

contoh arca 

Jenis Arca

1. Arca mobail
2. Arca stabail
3. Replika
4. Relief
5. Arca kinetik
6. Arca Instolasi

Contoh-contoh arca :





No comments:

Post a Comment