Friday, 31 October 2014

Tokoh-Tokoh Arca Tempatan dan Luar Negara

TOKOH ARCA TEMPATAN



Raja Shahriman


Raja Shahriman Raja Aziddin
Dilahirkan pada 17 November 1967 bertempat di Kuala Kangsar, Perak.
Melanjutkan pelajaran ke Dip in Art and Design (Fine Art) UTM (Majoring Sculpture)
“Young Contemporary”, National Art Gallery, Kuala Lumpur. (1992)
“3D to 2D : Sculpture Studies”, Pelita Hati House of Art, Kuala Lumpur (2009)

Antara karya beliau,

Serpiham Gaza (2008)
Siri Nafas M9 (2003)
Panji Hitam (2008)




RAMLAN BIN ABDULLAH


Ramlan bin Abdullah
Dilahirkan 30 Julai 1960 kini menetap di Taman Bukit Saga, Shah Alam
Melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana dalam bidang seni arca di Amerika Syarikat
Merupakan seorang pensyarah seni arca dalam Jabatan Seni Halus ITM Shah Alam

Antara karya beliau,

 the Porta De Santiago

Minaret to the Cloud 2013
Serkap 2012



TOKOH-TOKOH LUAR NEGARA




MICHELANGELO


Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni
Tokoh catan, arca, arkitek, puisi
Digelarkan "Father and Master of All the Art"
Dilahirkan pada 6 Mac 1475 di Caprese (Republic of Florence), Italy
Meninggal dunia pada 18 Februari 1564 di Rome, Italy

Antara karya beliau,


"David"
"Pieta" 


DONATELLO


Donato di Niccolo di Betto Bardi
Tokoh arca, pelukis
Dilahirkan pada tahun 1836 di Donato di Niccolo di Betto Bardi in Florence, Italy
Meninggal dunia pada 12 December 1466 di Florence, Italy

Antara karya beliau,






Tuesday, 21 October 2014

Pengenalan

Seni arca adalah salah satu bidang di dalam seni halus yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Arca dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Arca biasanya digunakan sebagai perhiasan atau simbolik.

Seni arca ini boleh dilihat di mana-mana sahaja misalnya di persimpangan jalan raya utama yang menghubungkan sesuatu tempat . Contohnya di persimpangan Bulatan Ladang, KualaTerengganu terdapat replika Batu Bersurat yang sememangnya menjadi simbolik negeri tersebut .

Replika Batu Bersurat di Kuala Terengganu
Replika Kucing di Kuching, Sarawak
Replika Helang di Langkawi

Seni arca terdapat beberapa teknik iaitu :

    Teknik Asemblaj
 Teknik Luakan
Teknik Binaan
Teknik Timbulan
Teknik Mobail
Teknik Stabail

 Teknik Asemblaj

Cantuman bahan-bahan terbuang dan dibentuk menjadi sebuah arca. Contoh arca asemblaj ialah “Homeege to New York” karya Jean Tinguely .

“Homeege to New York” karya Jean Tinguely

Teknik Luakan

Proses pembuatan arca luakan adalah melalui teknik ukiran dengan membuang mana-mana bahagian arca untuk membentuk sesuatu . Bahan arca biasanya dibuat menggunakan batu, kayu, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya . Alatan untuk mengukir bergantung kepada jenis kekerasan bahan yang digunakan . Contoh arca luakan adalah “David” karya Michelangelo .

“David” karya Michelangelo
Teknik Binaan

Proses pembuatan arca ini adalah cantuman daripada bahan yang sama . Arca jenis ini boleh dibina melalui kerangka atau tiada kerangka .

Arca binaan "Butterfly" yg diperbuat daripada tin kosong

Teknik Timbulan

Arca ini juga dikenali sebagai relief . Karya daripada dua dimensi ditimbulkan hingga menjadi karya tiga dimensi .

Arca timbulan "Keris"

Teknik Mobail

Arca ini adalah sejenis arca yang tidak boleh berdiri sendiri . Ia biasanya boleh bergerak, berputar, berombak dan terawang-awangan .

Arca Mobail

Teknik Stabail


Berbeza dengan arca mobail, arca stabail boleh berdiri sendiri. Arca ini tidak terawang-awangan, namun boleh bergerak.

Arca stabail

Definisi

Seni halus adalah sesuatu karya yang mempunyai nilai seni estetik dan mempunyai mesej yang tertentu . Seni halus ini terdapat empat bidang iaitu : Catan, Cetakan, Arca dan Lukisan .

Definisi Arca

Arca adalah satu hasil seni halus dalam susunan tiga dimensi yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dan mempunyai mesej yang tertentu . 

Merujuk buku Art Fundamental, arca bermaksud :

" The word derives from the Latin verb sculpere , which refers to the process of carving , cutting , or engraving . The ancient Greeks' definition of sculpture also included the modelling of such pliable materials as clay or wax to produce figures in relief (with shallow depth) or in the round (freestanding) "

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

contoh arca 

Jenis Arca

1. Arca mobail
2. Arca stabail
3. Replika
4. Relief
5. Arca kinetik
6. Arca Instolasi

Contoh-contoh arca :