Tuesday, 23 December 2014

Alatan dan Bahan


Tanah liat + rubber silicone

Plaster of Paris

Ladung timah

Alatan mengukir

Pelebur logam

Pahat dan penukul

Pelbagai jenis kertas pasir

Berus dawai

Clear spray

Replika 'Perakman'

Replika 1


Replika 2


Replika 3


Replika 4


Replika 5

Proses Penghasilan Arca 'Perakman'



1. Bentukkan replika dengan menggunakan tanah liat yang telah dibancuh dengan 'rubber silicone'.

  

2. Hasilkan sebuah kotak yang bersaiz lebih besar daripada replika tadi.

  

3. Bancuh 'plaster of paris' dan tuangkan kedalam kotak tersebut bersama dengan replika  tadi. Pastikan tanah rapat pada dasar kotak.


4. Biarkan seketika supaya 'plaster of paris' kering dan keras.


5. Setelah kering, terbalikkan bongkah 'plaster of paris' tersebut dan korek kembali tanah liat didalam bongkah tersebut.


6. Acuan replika tadi terbentuk didalam bongkah 'plaster of paris' tersebut.

  

7. Leburkan ladung timah pada suhu yang sesuai.


8. Tuang timah cair kedalam acuan 'plaster of paris' tadi dengan berhati-hati.

  

9. Buang lebihan timah cair dari mulut acuan supaya lebih kemas.


10. Biarkan seketika supaya timah sejuk.

  

11. Pecahkan bongkah 'plaster of paris' dengan menggunakan pahat dengan berhati-hati supaya tidak mencalarkan replika timah.


12. Hasil replika Perakman timah yang terhasil.


13. Ratakan tapak replika dengan menggunakan mesin kertas pasir.


14. Gosok permukaan replika dengan menggunakan kertas pasir yang pelbagai.


15. Basuh dan gosokkan replika dengan menggunakan berus dawai untuk menghilangkan kesan hitam dan kotor.


 

16. Sembur seluruh permukaan replika dengan menggunakan 'clear spray'
bagi mengilatkannya.


17. Hasil karya.


Sejarah dan Asal Usul 'Perakman'

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah LenggongHulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasamaJabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.




Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 Untuk projek akhir kali ini, kami ditugaskan untuk menghasilkan sebuah 'mini sculpture' untuk perhiasan di atas sebuah meja. Mini sculpture ini hanya bersaiz maksimum 6"x 6"x 6". Arca yang dibuat ini adalah dari bahan timah. Setiap proses pembuatan telah direkod secara terperinci bagi memudahkan orang ramai untuk memahami proses pembuatannya.

Mini sculpture untuk projek akhir ini bertemakan 'Manusia Perak' atau lebih dikenali sebagai 'Perakman'. Arca 'Perakman' ini dibuat berdasarkan replika 'Perakman' tersebut. Projek arca ini tidak 100% meniru atau menghasilkan replika 'Perakman' tetapi hanya imaginasi atau kreativiti pelajar untuk menghasilkan replika 'Perakman'.

Sedikit sebanyak sejarah berkaitan dengan 'Perakman' telah dikaji dan direkodkan didalam penulisan ini. Moga penulisan dan kandungan blog ini memberi manfaat kepada orang ramai.